Puasa dan Minyak Kelapa Dara Asli


Produk : Minyak Kelapa Dara Asli

Harga : RM 40.00

Saiz : 150ml


Minum Minyak Kelapa Dara ( kaya dengan MCFA)….Menambah tenaga & menyimpannya lebih lama.

Makan makanan yang mengandungi MCFA seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi sebagai bahan bakar kenderaan. Kenderaan akan lebih laju dan lancar serta mampu mencapai jarak kilometer yang lebih jauh. Begitulah, dengan MCFA, tubuh dapat bergerak lebih baik kerana mempunyai lebih banyak tenaga dan daya tahan yang lebih besar. Ini kerana MCFA disalurkan secara lansung ke dalam hati dan diubah menjadi tenaga, tubuh mendapatkan tambahan tenaga. Oleh kerana MCFA dengan mudah dapat diserap oleh organ sel penghasil tenaga, maka metabolisme akan meningkat. Peningkatan energi ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.

Fakta bahawa MCFA dicerna secara lansung untuk menghasilkan tenaga dan merangsang metabolisme telah mendorong para atlit untuk menggunakannya sebagai bahan untuk meningkatkan ketahanan tenaga semasa latihan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap daya tahan fizikal tikus yang di beri MCFA pada makanan harian dibanding dengan tikus yang tidak di beri MCFA. Kajian ini dilanjutkan sehingga lebih dari enam minggu. Tikus didorongkan pada ujian daya tahan renang setiap dua hari.

Ditempatkan pada satu takungan air dengan arus yang tetap. Waktu berenang sebenar sehingga ia keletihan diukur. Didapati pada pertama kalinya hanya ada sedikit perbedaan diantara tikus yang diberi makan MCFA dengan yang tidak diberi MCFA. Hari-hari berikutnya mendapati bahawa tikus yang diberi MCFA mulai mengungguli tikus lainnya dan semakin lebih baik di sepanjang waktu ujian.

Ujian ini seperti mendemontrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus.
Satu kajian (analisa) lainnya dengan menggunakan subjek penelitian manusia mengikut asas penelitian pada haiwan di atas. Dalam penelitian ini di libatkan atlit berbasikal. Para atlit tersebut dikehendaki minum salah satu dan tiga minuman iaitu (1) larutan MCFA, (2) minuman olah raga atau (3) kombinasi minuman olah raga dengan MCFA. Mereka diminta mengayuh basikal mereka pada 70% kepantasan maksimalnya selama dua jam. Pada akhir ujian mereka mendapati bahwa atlit berbasikal yang meminum campuran minuman olah raga dengan MCFA berpenampilan paling baik dalam ujian masa.

“Oleh itu bagi kaum muslimin yang berpuasa, sedangkan mereka perlu aktif bekerja pada siangnya dan inginkan masa lebih untuk beribadat pada malam harinya, sangat digalakkan untuk menjadikan Minyak Kelapa Dara sebagai sebahagian dari menu berbuka puasa dan juga menu bersahur mereka agar mereka cukup tenaga dan punya daya tahan serta mampu sentiasa aktif.”
0 Responses