Berat bersih : 100ml
Harga : RM 35.00
Selama ribuan tahun minyak kelapa dara telah digunakan untuk membuat kulit halus, mulus dan memberikan banyak kilauan cahaya kepada rambut. Wanita Polinesia terkenal dengan kulit dan rambutnya yang indah walaupun didedahkan kepada cahaya sinar matahari yang panas dan wap angin laut setiap hari. Sebagai losyen kulit dan kondisioner rambut, tiada minyak lain yang dapat menandinginya.
Minyak kelapa mempunyai tekstur krim alami yang berasal dari sumber sayur-sayuran dan bebas dari pestisida dan bahan kimia lain. Selain itu, minyak kelapa juga telah digunakan selama bertahun-tahun untuk syampu, krim dan produk-produk rawatan tubuh lain. Susunan molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan dan memberikan tekstur lembut halus pada kulit dan rambut. Ia membuat gabungan ideal untuk pemulihan kulit kering, kasar dan kereput.
Minyak kelapa juga merupakan kondisioner rambut yang baik. Apa yang dilakukan minyak kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Para ahli kecantikan telah mengenali minyak kelapa dan berasa minyak ini sama efektifnya dengan kondisioner rambut di salon rawatan rambut. Mereka turut mengakui bahawa rawatan rambut dengan menggunakan minyak kelapa lebih menjimatkan kerana dapat dilakukan sendiri di rumah. Manfaat lain dalam menggunakan minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.